Friday, August 20, 2010

BROSUR GALERI TOKOH ULAMA

HARAPAN PENYELARAS

Semoga segala perancangan dan usaha yang dibuat ini, dapat menghasilkan sebuah galeri tokoh yang julung-julung kalinya di buat di Negeri Sembilan Darul Khusus. Penglibatan semua pihak dari segi pemberian sumbangan, tenaga dan kepakaran diharap dapat membuahkan hasil yang dapat digunapakai dan diwarisi bagi generasi yang akan datang. Terima kasih.

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kepada

Pengetua SMA Dato' Klana Petra Maamor yang banyak memberi sokongan moral dan kewangan

MAINS di atas sumbangan kewangan

Puan Siti Adnon bt Abdul Wahid di atas sokongan sumber maklumat ulama'

Puan Aida Rahayu bt Awang kerana sudi berkongsi kelas

Siswa siswi tingkatan 6 Atas 2010 kerana banyak membantu menguruskan bilik

dan semua AJK

JAWATAN KUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA KERJA



Penasihat
Ust. Solahuddin b. Abd Rahman
Pengetua SMA Dato' Klana Petra Maamor

Pengerusi
Puan Rashidah bt Jailani
Penolong Kanan Akademik

Penyelaras
Ustz. Junaidah bt. Tahir
Guru Perpustakaan dan Media

Setiausaha 1
Cik Zuryati Bt. Rahimathullah
Kaunselor

Setiausaha
Ustz. Rusnah bt. Zubir
Ketua Panitia Pendidikan Islam

AJK
Ust. Dzulkifli bin Hj.Hasanuddin
Ketua Bidang Agama

Ustz. Khatijah bt. Md. Khatib
Ketua Panitia B. Arab Tinggi

Ust. Syakirin. B. Khunawan
Ketua Panitia B. Arab Komunikasi

Ustz. Hidayati bt. Karim
Ketua Panitia Usuluddin

Ust Sharil b. Ghazali
Ketua Panitia al-Quran as-Sunnah

Ust. Zulnasri b. Manan
Guru B. Arab dan Pendidikan Islam

Ustz. Jamiah bt. Wahab
Guru B. Arab dan Pendidikan Islam

Ustz. Nor Diana bt. Dzulkiply
Guru B. Arab dan Pendidikan Islam

PENGISIAN GALERI

PENGISIAN GALERI




1.  Gambar

2.  Biodata

3.  Buku Tokoh Ulama

4.  Buku Hasil Karya Tokoh Ulama

5.  Replika bahan yang pernah digunakan oleh ulama tersebut.

6.  Sijil – sijil Tokoh Ulama

GAMBAR GALERI






JADUAL PELAKSANAAN

1 Januari – Februari Mesyuarat AJK Induk dan kerja
2 Februari - Mac – Membuat kertas kerja dan permohonan kelulusan dan sumbangan
3 Mac – April – Mengisi bilik dengan bahan-bahan seperti gambar dan biodata tokoh
4 April – mengadakan pameran sempena bulan laluan ilmu Bidang Pendidikan Islam
5 Mei – September – pengisian bahan dan prasarana
6 Oktober- perasmian bilik galeri Tokoh Ulama

OBJEKTIF

1 Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang peranan ulama.


2 Memupuk minat pelajar untuk mengenali ulama tersohor di Negeri Sembilan.

3 Mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan ilmu agama.

4 Melahirkan inspirasi dalam diri pelajar untuk mencontohi ulama-ulama tersohor sebagai qudwah hidup mereka.

5 Keistimewaan Pusat Sumber Smadklana.

PENGENALAN

Sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, SMA Dato’ Klana Petra Maamor atau lebih sinonim dengan panggilan SMADKLANA akan melakar sejarah dengan menubuhkan sebuah galeri khas bagi Tokoh-tokoh Ulama di Negeri Sembilan. Idea pembangunan galeri ini tercetus hasil daripada lawatan penanda aras ke Sekolah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Kini SMADKLANA akan mempunyai identiti tersendiri untuk dikenali sebagai sebuah sekolah agama yang mendukung cita-cita untuk melahirkan generasi dan pewaris ulama dari sekolah ini. Selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud Ulama Pewaris Nabi telah dipilih sebagai tema bagi galeri tersebut.

SEKAPUR SIRIH


Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Sumber Sekolah di atas pembukaan Galeri Tokoh Ulama Negeri Sembilan. Sesungguhnya sebagai sekolah agama yang mendukung cita-cita untuk melahirkan ulama adalah wajar membangunkan sebuah galeri seperti ini.